Wednesday, 16 November 2016

Aku & Kapal Terbang

Honestly before ni aku tak pernah naik flight pun, so ni 1st pengalaman aku naik flight. Serius teruja.. Tarikh bersejarah dlm hidup 5/11/2016  Kita ni kan org kampung.. (kampung pun xde..haha). Destinasi bukan domestik yer, terus oversea giituhh iaitu jogjakarta. Untuk pertama kali ni aku berlepas dari KLIA2

Bertemankan 4 org lagi sahabat yg sempoi dan happening. Mereka-mereka ni lah yg banyak membantu.. kalau harap aku sorang mmg patah balik la sbb byk prosedur sblm naik flight tu. Entry ni just nak bagi gambaran ringkas pada yg x pernah dan akan naik flight nanti dan sebagai kenangan pada diri sendiri.


ni la our team.. maroon5 katanya, serius tak plan pun baju blh sepesen colour hari tu. nampak tak disitu yg kami ni sehati sejiwa. macam jejak kasih pun ada sebab masing2 dari negeri yg berlainan. even ada yg senegeri pun x pernah jmp sblm ni. haha


Ni dah dalam balai berlepas.. Ni lah wajah2 kesayangan hamba yg join masa holiday ke jogja hari tu. Ingat kne datang Awal yer, sebaik2 nye sejam sebelum. sebab nak rempuh prosedur2 yang ditetapkan. Dah masuk balai berlepas ni dah tak boleh kuar masuk lagi.. so nak gi toilet ke apa pergi la sblm masuk sini. kalau tak tahan la sampai naik flight nanti.


Masa ni tgh bertur nak masuk flight, tggu sampai ada pengumuman utk flight kita yer. lama jugak la nak beratur ni nasib la yg pikul beg tu. hehe


Perasaan teruja tu tetibe hilang sebab tgk seat Air Asia ni mcm naik bas express. Hakikatnya bas express pun lagi selesa pada aku. redho jer la kan.. ko dah bayar murah pastu nak 1st class mmg x dapat la kan. haha. Tgk muka untie tu pun dah tau tak selesa kan..hahaha


redho jerlah dapat seat tengah.. aku yg comel ni di kepit oleh kawan2 yg sado. so takderlah segan terlentok kalau tertido masa dlm flight.. haha


sebenarnya xde la lapor sgt. tapi bila lagi nak rasa makanan dalam flight kan. so belek2 buku menu tu tertarik la dgn nasi dagang (fav tuuu) dengan hot chocolate. tp serius mmg sedap tapi harga la ada mahal sikit. Banyak lagi menu dalam tu kalau nak murah kne buat pre order. Nasi dagang = RM15 , Hot chocolate = RM6



akhirnya dapat gak snap pic wing kapal terbang ni.. biasa tgk org lain jer upload. so impian tercapai.. haha. so pengalaman naik flight utk 1st time ni mengujakan sbb yerla br 1st time kan lagi2 dengan sahabat yg happening dan awesome . so pada yg nak naik flight tu try google dlu. byk blog2 yg ada sediakan entry prosedur2 naik flight dan sebagainye. next entry aku try story pasal percutian ke jogja plak yer. 
<<Stay Tuned>>


3 comments: