Tuesday, 29 November 2016

TRIP TO JOGJA - DAY 1



Assalammualaikum..  
Now nak story kenangan masa kat jogja dgn korang2 semua. Ni kira 1st time la gi oversea.. singapore x termasuk sebab lalu jambatan pun dah sampai.. haha 
Flight mendarat kat airport jogjakarta lebih kurang dlm pkl 6.30 ptg  (waktu malaysia) #info: waktu indonesia ni lewat sejam dari waktu Malaysia.


 Finally lepas 2 jam lebih dlm flight, kitaorg landing kat Adisutjipto International Airport. Nama Adisutjipto ni di namakan sempena nama salah seorang pilot yang terkorban masa pertempuran Maguwo. Airport sekarang ni merupakan pengkalan tentera udara indonesia pada masa dahulu.

 

keluar jer dari airport Pak supir kitaorg dah tggu.. servis tip top..  transport pun tip top. urusan booking n financial ni kami berikan tugas khas kat menteri kewangan kita iaitu Miss Emy. kitaorg dah book masa kat Malaysia lagi.. ni pun rekemen dr group fb kalau x silap. Alhamdulillah ok.
 ( actually mmg suggest sgt kalau berjalan ni pickup sorang yg boleh uruskan hal2 kewangan ni, so xde lah kelam kabut nanti)


kitaorng decide gi dinner dlu.. lapor kot. so pak supir kitaorng bawak makan kat
 kedai yg famous ngan ayam penyet.. bukan ayam penyet jer ada, mcm2 penyet ada kat sini. Nama kedai ni Ayam Penyet Surabaya. Famous katanye kedai ni.. serata indonesia ada cawangan. Siap ada delivery yer. Ala2 mcd gituhhh..


ni antara senarai menu.. jangan anjat plak tgk ribu2 tu.. lebih kurang 10k rupiah tu sama dengan Rm3 kita. Bab2 convert duit ni kami lantik seorang pakar matematik iaitu Mas Munim. hehe
cakap jer berapa duit malaysia, confirm lepas die kelip2 mata dua kali terus dapat jawapan.




Aku pun x ingat ni ayam penyet apa, Memang sedap.. tapi ayam die kecik jer.. haha. Tak mcm ayam kat Malaysia.. ehhh.. Kat sini kalau pilih ayam ada dua jenis, (ayam kampung & ayam negeri) 
ayam kampung tu ayam kampung la.. ayam negeri tu kalau kat malaysia ayam bandar @ ayam inject.. haha.  Aku pilih ayam negeri, igt bosa.. sekali kemain kecik lagi..  Tapi rasa mmg yummylicious.. awesome. Tang air plak aku pilih Es Campur. yang ni aku x rekomen sebab die masuk sekali roti dalam tu.. cnfirm2 la kembang. tekak pun kembang la.. dah tu jer air yang aku order.. bedal jer la..



Lepas makan kitaorng decide pergi Alun-Alun kidul, serius cantik sebab meriah sangat dengan kenderaan2 comel yg dihiasi dengan lampu yg warna-warni ni tapi.. jeng..jeng..jeng..



kita org pilih naik van ni.. yang jeng..jeng tu sebab bende ni kena kayuh sendiri.. adooyaiii..
ala2 naik basikal la.. perghhh mcm masuk gym rasa.. time kitaorng dtg tu plak weeknd.. serius penuh tempat ni so x boleh nak merempit.. haha. so kne la kayuh pelan2 keliling dataran ni.  van comel ni sewa.. kena pandai cari dan tanya orang, mula2 ada orang offer Rp60,000.00, lepas merayau-rayau  kitaorng dapat yang Rp50,000.00



kat keliling dataran ni mcm2 maskot ada, hello kitty la.. doraemon la.. tapi kita pilih pikachu ni.. sebab die jer paling dekat ngan kitaoreng time tu.. haha. Bayaran pulak seikhlas hati. Amik la pic berapa banyak yang korang nak.


Stakat tu jer dulu untuk 1st day di jogja, last program utk mlm ni cnfirm2 la check-in hotel. Badan pun dah mcm2 bau.. hahaha  next entry 2nd day in jogja..
stay tuned!!



1 comment: